Wasiat ialah iqrar atau perakuan seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan hukum syarak, selepas dia mati.

Pada permulaan Islam, berwasiat adalah suatu kewajipan untuk ibu bapa dan kaum kerabat yang terdekat berdasarkan Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiatlah untuk ibu-bapa dan kaum kerabatnya secara ma’ruf (ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”.  (Surah Al-Baqarah:180)

Walau bagaimanapun, kewajipan berwasiat telah dimansuhkan hukumnya apabila turun ayat mawarith 7, 11, 12 dan 176 surah Al-Nisa,  iaitu yang menerangkan hak-hak dan pembahagian pusaka melalui hukum faraid contohnya melalui ayat yang bermaksud: “Bagi orang laki-laki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan”. (Surah Al-Nisa’: 7)

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: “Tidak wajar bagi seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan, membiarkan dua malam berlalu tanpa menulis wasiatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan yang satu dan mengikut sunnah dan dia mati sebagai seorang yang bertaqwa dan bersyahadah serta mati dalam keadaan dosa-dosanya diampunkan” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hukum wasiat adalah bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu, contohnya seperti berikut:

  1. Wajib – jika terdapat tanggungjawab syarie yang perlu dilaksanakan seperti zakat dan haji dan dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu juga, jika berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak dikenali oleh orang lain.
  2. Sunat – jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan mereka tidak berhak mendapat harta pusaka. Begitu juga berwasiat kepada orang miskin dan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah.
  3. Harus – jika berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang mana mereka bukan dari golongan yang berilmu dan beramal soleh.
  4. Makruh – jika pewasiat seorang yang kurang berada dan mempunyai waris-waris yang ramai serta memerlukan harta.
  5. Haram – jika berwasiat kepada perkara yang haram.

Kadar harta yang boleh diwasiatkan adalah setakat 1/3 sahaja daripada harta bersih peninggalannya yang masih ada pada waktu kematiannya setelah digunakan untuk belanja pengebumiannya dan penunaian hutang-hutangnya.

Wasiat yang melebihi kadar 1/3 harta pewasiat adalah tidak sah kecuali waris-waris bersetuju dengan kadar yang lebih itu. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sa’ad Bin Abu Waqqas berkata: “Telah datang Rasulullah s.a.w untuk melihatku sedang aku berada di Makkah. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sebahagiannya.” Baginda menjawab, “Tidak.” Aku berkata, “Sepertiga.” Baginda menjawab, “Ya, sepertiga.” Dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka”  (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

 

Rukun-rukun wasiat ialah pewasiat, penerima wasiat, harta yang diwasiatkan dan sighah

Wasiat boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Wasiat MAIS atau secara atas talian dengan mengisi borang di laman web wasiat.com.my.

Jumhur ulama, menyatakan wasiat tidak boleh kepada waris kerana telah mempunyai pembahagian melalui faraid. Namun, jika ingin dilaksanakan juga wasiat tersebut perlu mendapat persetujuan di kalangan waris yang terlibat. Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain.” (Riwayat Abu Daud)

Anak angkat berhak menerima wasiat sekiranya wasiat dibuat kepada mereka namun tidak boleh melebihi 1/3 bahagian.

Tidak perlu, kerana itu hak pewasiat membuat kebajikan jika tidak lebih dari 1/3 bahagian.

Wasiat boleh diberikan kepada bukan Islam pada kadar tidak melebihi 1/3 bahagian. Lebih-lebih lagi sekiranya pewasiat mempunyai ibu bapa atau waris yang berlainan agama.

Ya, wasiat boleh dibatalkan selagi pewasiat masih hidup.

Hanya Hakim Mahkamah Syariah sahaja yang boleh mengesahkan sesuatu wasiat.

Wasiat sah secara lisan jika disaksikan oleh saksi-saksi namun perlu disahkan oleh Mahkamah Syariah bagi menguatkuasakan wasiat tersebut.

Boleh, wasiat bukan sekadar ada harta sahaja, jika mempunyai hutang wajib membuat wasiat dan jika ingin menyampaikan apa-apa pesanan kepada waris selepas kematian, digalakkan untuk membuat wasiat secara berdokumentasi.

Kadar bayaran bagi membuat wasiat melalui MAIS hanya RM300 sahaja.

  1. Tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan pewasiat terhadap pembahagian harta yang dikumpul semasa hidup.
  2. Perwarisan harta yang dirancang melalui wasiat dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga yang tersayang selepas kematian.
  3. Pelantikan wasi akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian.
  4. Pelantikan penjaga yang dipercayai akan menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur selepas kematian anda.
  5. Mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.

MAIS mempunyai bidang kuasa di bawah Seksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, “Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.”

Ya, 90% umat Islam tidak membuat wasiat kerana tidak tahu kepentingan wasiat dan sikap suka menangguh-nangguhkan urusan berkaitan harta pusaka yang bakal ditinggalkan.

Orang Islam tidak menulis wasiat kerana sering memberi alasan yang menganggap tiada harta yang ingin diwasiatkan.

  1. Tak sempat memberikan harta kepada orang yang disayangi;
  2. Kerugian tak buat kebajikan selepas mati (sedekah / wakaf);
  3. Harta pusaka tidak dapat diurus segera kerana tidak lantik wasi (pentadbir);
  4. Hutang si mati tidak dilangsaikan; dan
  5. Ketidakfahaman ahli keluarga boleh jadi pergeseran.
  1. Orang yang berharta
  2. Orang yang mempunyai anak angkat
  3. Orang yang tiada waris
  4. Orang yang tidak berkahwin
  5. Orang yang berhutang
  6. Muallaf

Anda perlu menyediakan dokumen wasiat bagi memudahkan wasi mentadbir harta pusaka, hutang piutang dan hajat anda yang berbentuk kebajikan untuk dilaksanakan selepas kematian anda.

Sekiranya harta anda tidak diwasiatkan berkemungkinan akan menyukarkan waris untuk menuntut harta pusaka anda seperti akaun simpanan dan semasa di bank, akaun Lembaga Tabung Haji, tanah, rumah dan sebagainya yang akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai.

Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa di antara 6 bulan hingga 3 tahun bergantung kepada kerjasama waris-waris dan kedudukan dokumen harta pusaka anda.

Secara purata, bagi kes si mati yang mempunyai dokumen wasiat pula, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa di antara 6 bulan hingga 1 tahun sahaja.

Waris-waris tidak akan mendapat apa-apa bahagian harta anda kecuali harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insurans.

Ya. Harta yang dibekukan ialah harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja. Walau bagaimanapun, bagi harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insurans, penama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai Wasi sahaja dan bukan tuan punya mutlak harta tersebut. Selepas mereka menerima harta-harta tersebut mereka perlu mengagihkannya semula kepada semua waris-waris mengikut Hukum Faraid.

Perbezaan pusaka dengan dokumen wasiat  kewujudan wasi yang dilantik. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa dokumen wasiat, perkara pertama yang perlu dilakukan di dalam pengurusan harta pusaka ialah semua waris perlu bermuafakat untuk melantik pentadbir harta pusaka. Biasanya, di sinilah halangan yang sering berlaku. Semua waris-waris perlu muafakat siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir dan mereka perlu hadir di dalam perbicaraan pusaka. Jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan pentadbir cadangan, proses selanjutnya tidak dapat dimulakan. Berlainan dengan kes yang mempunyai dokumen wasiat, wasi yang telah dilantik boleh memohon memulakan proses pentadbiran pusaka.

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah salinan pengenalan diri, geran tanah, rumah, nombor akaun KWSP, nombor akaun bank, nombor Amanah Saham Bumiputera dan seumpamanya.

Wasi ialah entiti yang dilantik oleh anda dan berperanan menguruskan wasiat dan harta pusaka serta menjalankan arahan-arahan lain di dalam dokumen wasiat. Majlis Agama Islam Selangor boleh dilantik sebagai wasi berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999.

Tempoh untuk menyediakan wasiat di MAIS hanyalah 1 hari sahaja kerana MAIS mempunyai aplikasi penyediaan dokumen wasiat Islam atas talian yang dipanggil e-wasiat dan ini memudahkan MAIS menyediakan dokumen wasiat dengan cepat dan mudah di mana-mana sahaja.

Tidak. Walaupun elemen utama di dalam dokumen wasiat ialah pelantikan wasi, namun perkara-perkara lain juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat seperti cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga sah anak di bawah umur 18 tahun, peruntukan perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak malah bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat.

Waris-waris boleh untuk tidak bersetuju sekiranya arahan pembahagian harta wasiat dibuat kepada waris dan/atau melebihi kadar 1/3 bahagian. Dalam keadaan ini, hukum faraid akan terpakai dan boleh membatalkan sebahagian wasiat atau keseluruhannya.

 

Seperti yang dinyatakan pada awalnya, dokumen wasiat disediakan bertujuan untuk menyempurnakan hasrat pewasiat yang ingin melaksanakan kebajikan selepas meninggal dunia terutama kepada anak angkat, waris yang terhalang mendapat pusaka dan sedekah.

Anda boleh hubungi kami di Seksyen Wasiat & Hibah, Unit Amanah, Bahagian Harta Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor, Tingkat 10 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5514 3773 atau 3772 dan MAIS Daerah di Pejabat-Pejabat Agama Islam Daerah, Negeri Selangor.